Friday, May 31, 2013

Imtihan..!

Assalamualaikum...selamat petang warga perantau timur tengah..dah makan?bagus...
kali nie aku nak story sikit pasal imtihan dekat mesir nie..err,,ape benda imtihan tu?bagi yang belum tahu,imtihan tu dalam bahasa perancisnye peperiksaan...:)

Peperiksaan di mesir nie berbeza sikit dengan peperiksaan di malaysia...kalau aku bagitahu angka giliran aku dekat korang mesti korang tak percaya...di sini bidang syariah sahaja mencecah 20 ribu orang malah lebih lagi dari tu...perghh,,ramai gilerr budak-budak syariah kat mesir nie,,tu belum lagi di campur dengan bebudak usuluddin,,lughah.....boleh runtuh dewan pekse...(takde la sampai runtuh)

Tapi arab nie memang terbaik kalau menyusun dewan periksa,kadang-kadang ada yang sampai periksa 
dekat garaj kereta,nasiblah bagi mereka yang mengulang tahun macam aku ni...

Kalau syariah tahun satu,ada 12 madah(matapelajaran) dan semua madah-madah ni akan dibahagikan kepada 2 fasa...Fasa pertama pada bulan 9 hingga 12 dan fasa kedua padan bulan 2 hingga bulan 6...
Setiap madah tersebut akan dibahagikan kepada dua,5 madah pada fasa pertama dan selebihnya pada fasa kedua...kat sini tak macam malaysia ikut sem..

Ok bila semua dah periksa dan result pun dah keluar,mana yang lulus Alhamdulillah dapat naik ke tahun berikutnya akan tetapi,kepada yang gagal terpaksa lah mengulang tahun...limit dia 2 madah sahaja yang gagal untuk lepas naik ke tahun berikutnya,kalau gagal lebih dari 2 kena mengulang tahun...kat sini takde istilah repeat paper...

Nampak macam susah je study kat mesir ni tapi sebenarnya yang susah tu atas diri sendiri,kalau malas study macam aku ni,memang padan la kena mengulang..

Ok sambung pulak cite,kalau setiap tahun tak lulus camne pulak kan..takkan nak mengulang tahun 1 sampai tua,,ok kalau di Azhar untuk pelajar tahun 1..korang diberi tempoh selama 3 tahun untuk menaikkan semula martabat korang ke tahun 2..tapi kalau dalam tempoh tersebut tak lepas jugak,ada 2 pilihan yang sememangnya plihan yang paling terbaik untuk mereka-mereka ni...

Pilihan pertama : Tukar kos..cth; Syariah ke Usuluddin atau Lughah ke Syariah (tapi syariah ke medic memang takde ye)
Pilihan kedua : Sambung malaysia jelah...huhu (pilihan yang paling seksa)

Jadinya,sempena musim exam yang tengah melanda seluruh warga timur tengah sekarang ni,warga malaysia pun tak terkecuali..selamat menghadapi peperiksaan,yang penting ilmu yang kita dapat dalam kitab yang kita baca tu kita manfaatkan kepada orang lain,jangan masa nak pekse je ingat lepas tu lupa..peringatan untuk aku jugak..

Wednesday, May 15, 2013

Terima Kasih Guru!


Sempena Hari Guru pada 16 Mei ini,,aku nak ucapkan selamat hari guru
kepada semua guru-guruku yang telah mendidikkku dari waktu aku kecil
sampai la sekarang,
Sungguh jasa dan pengorbanan seorang guru itu sangatlah besar,
dan tak lupa juga kepada insan yang telah mendidik dan membesarkanku 
En.Rosly b Jantan dan Puan Norhasimah bt Abd Rashid,terima kasih kerana telah banyak berkorban
dan mendidik anakmu ini sehingga ke menara gading,

Kepada guru-guru sekolah rendah,guru yang paling tak lupe Pn. Normaliza,,time kasih cikgu
ajar saya bahasa melayu dan selalu puji tulisan saya :P...
buku-buku karangan dengan tatabahasa yang tebal tu saya masih simpan lagi..huhu

Kepada guru-guru SMA Chenor,maaf atas kenakalan anak didikmu ini,walaupun ustaz
dan ustazah semua telah beri kepercayaan pada saya untuk memimpin pelajar-pelajar lain,tapi atas 
kesilapan yang telah saya lakukan telah banyak mengguris hati semua pihak.

Tak lupa juga kepada guru-guru di Kulliah Sultan Abu Bakar,Sir Mishkat...Ustaz Ruzlan
terima kasih telah banyak bagi nasihat...:)

dan akhir sekali buat semua guru dan bakal guru,jalankan tanggungjawab anda dengan amanah,
sesungguhnya pahala bagi yang menyampaikan sesuatu ilmu itu dan diamalkan pula oleh yang lain tak akan putus..InsyaAllah...:)


Tuesday, May 7, 2013

Tanggungjawab Seorang Azhari


Azhari yang sebenar adalah mereka yang mengerti tentang keperluan zaman mereka. 

Azhari adalah gelaran terhormat kepada mereka yang benar-benar mengikuti manhaj pengajian Talaqqi dan ilmu Mua’sir ( Semasa) di Masjid al-Azhar al-Syariff. 

Azhari juga adalah gelaran kepada mereka yang fikrah dan ilmunya seperti para ulama al-Azhar, walaupun terkadang mereka bukan keluaran Universiti al-Azhar. Ini seperti yang disebut oleh guru saya yang mulia , Syaikhuna al-Allamah Ahmad Mamduh Saad al-Azhari hafizahullah, Ahli Majlis Fatwa Mesir.

Azhari adalah mereka yang tidak senang melihat kezaliman yang berlaku di sekeliling mereka. Mereka tidak akan berdiam diri jika masyarakat sekeliling dizalimi oleh pemerintah yang zalim. Azhari adalah golongan pertama berada di hadapan melawan perkara tersebut.

Tidakkah kamu teliti sejarah al-Azhar? 

Al-Imam Ahmad bin Muhammad bin Abi Hamid al-Adawi al-Khalwati yang terkenal dengan panggilan al-Imam Dardir ( seorang ulama besar al-Azhar yang sangat terkenal, seorang SUFI, seorang mujahid), pernah mempertahankan al-Syaikh Ahmad Salim Jazzar , Syaikh Tariqah al-Bayyumiyah yang telah dirampas hartanya dan harta penduduk kampungnya di kawasan Husainiyah di Kaherah oleh pemerintah pada ketika itu yang bernama Husain Bik al-Syift atau dengan gelaran Husain Bik Yahudi ( sebab perangainya seperti Yahudi).

Al-Imam Dardir naik berucap di atas menara al-Azhar sambil berkata kepada seluruh masyarakat Kaherah yang semuanya datang menuntut keadilan dan melakukan rapat umum di Masjid al-Azhar . al-Imam Dardir berucap mengatakan :

( Kita akan merampas rumah-rumah mereka sepertimana mereka merampas rumah-rumah kita, Kita akan bertemu dengan mereka dan menuntut keadilan, samaada kita akan Syahid esok atau kita diberikan pertolongan oleh Allah taala.

Peristiwa ini berlaku pada tahun 1200 Hijriyah seperti yang dicatatkan oleh al-Imam Jabrati rahimahullah.

Pada tahun yang sama juga berlaku peristiwa kebangkitan rakyat yang juga dipimpin oleh al-Imam Dardir menentang kezaliman yang dilakukan oleh Kathkada al-Jawisyiyah ( pemimpin pada zaman tersebut). Murid al-Imam Dardir iaitu al-Syeikh al-Sayyid Ahmad al-Safi rahimahullah ditangkap di dalam peristiwa kebangkitan tersebut disebabkan menentang Kathkada yang zalim.

Pada tahun 1209 hijriyah , al-Imam al-Akbar Syaikhul Islam Syaikh Jami’ al-Azhar Abdullah al-Syarqawi rahimahullah menentang pemerintah zalim pada ketika itu yang bernama Muhammad Bik al-Ulfi yang sangat boros dan memungut cukai yang tinggi. 
Masjid al-Azhar sekali lagi menjadi saksi perhimpunan kebangkitan rakyat.

Kamu kenal al-Imam al-Akbar Muhammad bin Abdullah al-Kharasyi rahimahullah ( wafat 1101 hijriyah), Syaikhul Azhar yang pertama zaman Turki Uthmaniyah yang sangat terkenal sebagai penentang kezaliman yang dilakukan pemerintah? 

Kamu kenal al-Imam al-Akbar Mustafa al-Arusi rahimahullah ( wafat 1293 hijriyah) , Syaikhul Azhar yang merupakan murid kepada Syaikhul Akbar Ibrahim al-Bajuri rahimahullah ( wafat 1277 H)? Beliau dipecat oleh Khadyu Ismail, pemerintah pada ketika itu yang takutkan pengaruh al-Imam Mustafa al-Arusi yang sangat kuat di dalam menentang kezaliman.

Kamu hanya melihat al-Azhar dengan pandangan yang singkat. Kamu melihat al-Azhar hanya tempat bertalaqqi tapi kamu terlupa al-Azhar adalah tempat melahirkan para pembenci kezaliman. 

Jami’ al-Azhar adalah tempat yang menjadi saksi kebangkitan umat yang bencikan kezaliman.

Zaman dahulu tidak perlu berparti politik untuk menegakkan kebenaran kerana masih bernaung di bawah Khilafah Islamiyah yang gagah. 

Azhari adalah yang mengerti dan bijak berhadapan dengan zamannya. 

Masalahnya ialah suka menyalahkan dan memandang rendah pada orang lain yang inginkan kebenaran dan menentang kezaliman.

Masih setahun jagung dengan manhaj al-Azhar, tapi sudah mendabik dada kononnya merekalah Azhari..

Kamu bencilah kepada kami yang bencikan kezaliman ini.. Kebencian kamu adalah kemuliaan bagi kami..
copy from
Mohd Nazrul Abd Nasir,
Penuntut dan Tenaga Pengajar Masjid al-Azhar al-Syariff.

Sunday, May 5, 2013

Pilihanraya Umum ke 13

Berakhir sudah pilihanraya umum ke 13 yang menyaksikan Barisan nasional sekali lagi
menang dengan majoriti yang besar...akan tetapi disebalik kemenangan yang diperolehi,ternyata 
terdapat pelbagai penipuan dan tidak telusnya SPR dalam menjalankan tanggungjawab sebagai
'orang tengah' dalam mengendalikan pilihanraya di malaysia...
Walaupun saya tidak dapat bersama-sama dalam perjuangan menuntut kebebasan,akan tetapi kesedihan jelas terasa dalam diri,5 tahun lg kita perlu menunggu untuk menyaksikan malaysia yang bebas rasuah,bebas politik kotor dan sebagainya..Mungkin Allah telah merencanakan sesuatu yang lebih baik
yang mungkin akan memberi kita kejayaan yang lebih besar selepas ini..

Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga padahal kamu belum mengalami apa yang telah dialami oleh manusia sebelum kamu. Mereka telah menderita kesusahan dan keperitan hingga bergegar (keimanan) mereka. Sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman yang bersamanya tertanya-tanya : “Bilakah gerangan datangnya pertolongan Allah?” (Insaflah) bahkan pertolongan Allah itu hampir jua. 
(Surah Al-Baqarah : Ayat 214)

Allah s.w.t berfirman lagi yang membawa maksud :

Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga padahal Allah belum mengetahui siapakah dari kamu yang berjihad dan siapa pula yang sabar. (Padahal) sebelum ini kamu pernah bertekad untuk berjuang (sebelum pertempuran). Kini setelah terluang kesempatan di hadapan, kamu masih teragak-agak. (Surah Ali-‘Imran : Ayat 142-143) — 

Perjuangan mesti diteruskan dan saya yakin dengan janji Allah..Islam pasti menang,walaupun mereka menggunakan taktik kotor,ingatlah Nabi pernah bersabda,,,


Abdullah bin ‘amru bin al ‘ash r.a berkata: 
~ Rasulullah saw bersabda: sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil, kelak disisi Allah ditempatkan diatas mimbar dari cahaya, ialah mereka yang adil dalam hukum terhadap keluarga dan apa saja yang diserahkan (dikuasakan) kepada mereka. [Hadis Riwayat Muslim] ~

Jika mereka telah melakukan penipuan,maka tunggu sahaja balasan Allah atas apa yang mereka lakukan..