Alhamdulillah,hari ini dah masuk hari yang ketiga pengajian kitab taqrirat bersama Alhabib Ahmad.
Mulanya rasa berat jugak nak pergi memandangkan pengajian yang bermula selepas subuh,kebiasaannya waktu-waktu macam ni seronok tidoq lagi huhu..ditambah pulak dengan kedinginan musim sejuk...lagi la seronok nak tidoq..tapi lepas dengar seorang Ustaz cakap,"rugilah kalau hang tak pi,Habib mai susah payah dari
Yaman semata-mata nak mengajaq kita semua,hang tak mau pi pulak"..masa tu rasa semangat melonjak-lonjak mencurah ke atas gandum,,hahaha...(merapu).Teringat jugak status seorang ustaz di FB..kalaulah...
ada sorang budak kecik tepi jalan yg lapar sangat, nangis2 mintak makanan kat kita. kita pun beli makanan yg paling sedap sekali kat restoran yg dia suka. belikan pulak air yg dia tunjuk. tak kisahlah mahal macam mana sekalipun, asalkan dia nak, kenyang n berhenti nangis. tiba2, budak ni, bila semua tu dah ada depan mata, dia kata tak suka pulak. dia nak yg lain. yang ada, dia biar aje tak berusik. mengidam pulak benda lain.
kalau ikut perasaan marah...
macam nak sekeh/lenyek/tibai aje kan. geram!! nasib baik dia masih budak.
sebenarnya...
budak ni sama macam orang2 yg mengaku nak jadi penuntut ilmu, tapi bila guru datang sendiri susah2, dia rileks aje tak p kelas.
kalau ikut perasaan marah...
rasa nak rotan aje sorang2. tapi apakan daya, kita hanyalah kawan.
mungkin ini naluri seorang abang kpd adik2nya yg comot :)
kalau ikut perasaan marah...
macam nak sekeh/lenyek/tibai aje kan. geram!! nasib baik dia masih budak.
sebenarnya...
budak ni sama macam orang2 yg mengaku nak jadi penuntut ilmu, tapi bila guru datang sendiri susah2, dia rileks aje tak p kelas.
kalau ikut perasaan marah...
rasa nak rotan aje sorang2. tapi apakan daya, kita hanyalah kawan.
mungkin ini naluri seorang abang kpd adik2nya yg comot :)
Sangat terkesan dengan kata-kata ini apatah lagi kita yang bergelar penuntut ilmu sepatutnya kita sendiri yang mencari guru..tapi zaman sekarang guru pulak yang kena cari anak murid,ada yang sampai pukul guru,sungguh mereka tidak menitik beratkan soal adab menuntut ilmu,bagaimana orang-orang seperti boleh bergelar graduan sesebuah universiti jika adab yang kecil pun diperlekehkan..
Berbalik kepada kisah tentang pengajian Alhabib,pengajian kali ini boleh dikatakan istimewa jugaklah sebab Alhabib mengajar kitab yang dikarang oleh beliau sendiri..At-Taqrirat As Sadidah,kitab feqah utk Mubtadi'in...Mubtadi'in ni maksud dia fasa pertama la,kalau dah habis mengaji kitab yang rendah2..naik pulak kitab tinggi..Cara penyampaian Alhabib pun mudah sebab beliau banyak memberikan contoh dengan gambaran,,jadi mudah la nak paham...ade sesetengah Syeikh mengajar sekadar memberi penerangan secara terus dan ada yang memberikan penerangan mengikut kaedah dalam kitab...kadang-kadang untuk budak-budak yang masih baru dalam pengajian ambik masa yang lama jugaklah nak paham apa yang arab cakap..tapi bak kata Alhabib "sedikit-sedikit"..semua gelak dengar Alhabib cakap melayu..:)
InsyaAllah selama tempoh sebulan Alhabib disini memang beliau nak habiskan pengajian kitab ni,,jadi rasa rugi pulak kalau tinggal kelas pengajian ni,,moga sahabat mendoakan diri ini agar sentiasa istiqomah dalam menuntut ilmu agama..Salam Maal Hijrah..
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen anda di sini..terima kasih