Friday, November 30, 2012

Wudhu' Part 2

Nota 2 << Kelebihan berwudhu’ >>

Bersabda RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam :
(( Tidak ada seorang hamba yang menyempurnakan wudhu'nya kecuali diampunkan dosanya yang terdahulu dan terkemudian )) 
-Musnad Imam Bazzar-

(( Solat adalah sebaik-baik ibadah. Dan tiada orang yang dapat menjaga wudhu’ kecuali orang yang beriman )) 
-Musnad Imam Ahmad-

(( Sesiapa yang berwudhu’ kemudian dia sempur
nakan wudhu’nya, keluarlah dosa-dosa kesalahan dari jasadnya hinggalah ia juga keluar dari kuku-kukunya ))
-Sahih Imam Muslim-

S : Apakah yang mewajibkan wudhu’, hadas atau bangkit untuk solat?
J : Pandangan muktamad, yang mewajibkan wudhu’ adalah hadas dan mengangkat hadas adalah syarat bagi sahnya solat. Manakala bangkit untuk solat hanyalah syarat untuk segera berwudhu’.

[ Taqrirat Sadidah m/s 81 ]

Bacalah hadith-hadith di atas dengan penuh keimanan, pasti kita akan terkesan..

Wudhu' ?? Part 1


Nota 1 << PENGERTIAN/DEFINISI WUDHU’ >>

Dari segi bahasa arab/etimologi : Wudhu’ adalah nama bagi perbuatan membasuh sebahagian dari anggota badan, perkataan ini diambil dari (wa-dho-ah) yang bermaksud kebaikan dan kecantikan.

Dari segi syara’/agama/terminologi : Wudhu’ adalah nama bagi PERBUATAN MEMBASUH ANGGOTA BADAN TERTENTU, DENGAN NIAT TERTENTU, MENGIKUT CARA TERTENTU.

S :Apakah perbezaan
 antara (wadhu’) dan (wudhu’) ?
J : (wadhu’-huruf wau berbaris atas) adalah nama air yang digunakan untuk berwudhu’,
manakala (wudhu’-huruf wau berbaris depan) adalah nama bagi perbuatan berwudhu’.

[ Taqrirat Sadidah m/s 81 ]

Nota tambahan:
1- Difardhukan wudhu’ beserta solat di malam Isra’ 1 tahun atau 6 bulan sebelum Hijrah. Sebelum difardhukan, solat tidak didirikan kecuali dengan wudhu’ kerana ia disunatkan atau dengan tujuan kebersihan semata-mata.
2- Wudhu’ telah pun diamalkan umat-umat terdahulu. Umat Nabi Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wasallam dilebihkan berbanding mereka dengan cara wudhu’ yang berbeza atau dengan fadhilat melebihkan basuhan wudhu’ di muka, tangan dan kaki.
3- Dari takrifan yang dinyatakan diatas, jelas bagi kita wudhu’ dari segi bahasa lebih umum maknanya berbanding takrifannya dari segi syara’/istilah. Membasuh tangan sahaja sebelum makan juga dinamakan berwudhu’ disisi bahasa tetapi disisi agama wudhu’ hendaklah seperti yang dinyatakan dalam takrif di atas.

*nantikan Nota 2 :)
Semoga bermanfaat!

Tuesday, November 13, 2012

Muhadharah Ilmiah Bersama AlHabib Hasan bin Ahmad Al-Kaf

Alhamdulillah,hari ini dah masuk hari yang ketiga pengajian kitab taqrirat bersama Alhabib Ahmad.
Mulanya rasa berat jugak nak pergi memandangkan pengajian yang bermula selepas subuh,kebiasaannya waktu-waktu macam ni seronok tidoq lagi huhu..ditambah pulak dengan kedinginan musim sejuk...lagi la seronok nak tidoq..tapi lepas dengar seorang Ustaz cakap,"rugilah kalau hang tak pi,Habib mai susah payah dari       
Yaman semata-mata nak mengajaq kita semua,hang tak mau pi pulak"..masa tu rasa semangat melonjak-lonjak mencurah ke atas gandum,,hahaha...(merapu).Teringat jugak status seorang ustaz di FB..kalaulah...
ada sorang budak kecik tepi jalan yg lapar sangat, nangis2 mintak makanan kat kita. kita pun beli makanan yg paling sedap sekali kat restoran yg dia suka. belikan pulak air yg dia tunjuk. tak kisahlah mahal macam mana sekalipun, asalkan dia nak, kenyang n berhenti nangis. tiba2, budak ni, bila semua tu dah ada depan mata, dia kata tak suka pulak. dia nak yg lain. yang ada, dia biar aje
 tak berusik. mengidam pulak benda lain.
kalau ikut perasaan marah...
macam nak sekeh/lenyek/tibai aje kan. geram!! nasib baik dia masih budak.

sebenarnya...
budak ni sama macam orang2 yg mengaku nak jadi penuntut ilmu, tapi bila guru datang sendiri susah2, dia rileks aje tak p kelas.
kalau ikut perasaan marah...
rasa nak rotan aje sorang2. tapi apakan daya, kita hanyalah kawan.

mungkin ini naluri seorang abang kpd adik2nya yg comot :)

Sangat terkesan dengan kata-kata ini apatah lagi kita yang bergelar penuntut ilmu sepatutnya kita sendiri yang mencari guru..tapi zaman sekarang guru pulak yang kena cari anak murid,ada yang sampai pukul guru,sungguh mereka tidak menitik beratkan soal adab menuntut ilmu,bagaimana orang-orang seperti boleh bergelar graduan sesebuah universiti jika adab yang kecil pun diperlekehkan..

Berbalik kepada kisah tentang pengajian Alhabib,pengajian kali ini boleh dikatakan istimewa jugaklah sebab Alhabib mengajar kitab yang dikarang oleh beliau sendiri..At-Taqrirat As Sadidah,kitab feqah utk Mubtadi'in...Mubtadi'in ni maksud dia fasa pertama la,kalau dah habis mengaji kitab yang rendah2..naik pulak kitab tinggi..Cara penyampaian Alhabib pun mudah sebab beliau banyak memberikan contoh dengan gambaran,,jadi mudah la nak paham...ade sesetengah Syeikh mengajar sekadar memberi penerangan secara terus dan ada yang memberikan penerangan mengikut kaedah dalam kitab...kadang-kadang untuk budak-budak yang masih baru dalam pengajian ambik masa yang lama jugaklah nak paham apa yang arab cakap..tapi bak kata Alhabib "sedikit-sedikit"..semua gelak dengar Alhabib cakap melayu..:)

InsyaAllah selama tempoh sebulan Alhabib disini memang beliau nak habiskan pengajian kitab ni,,jadi rasa rugi pulak kalau tinggal kelas pengajian ni,,moga sahabat mendoakan diri ini agar sentiasa istiqomah dalam menuntut ilmu agama..Salam Maal Hijrah..

Saturday, November 3, 2012

Jaulah Maqam Bersama Habib Ahmad

28.10.2012.

Walaupun tarikh tu agak dah agak terlalu jauh tapi saya nak kongsikan jugak pengalaman Jaulah Maqam/Ziarah Maqam bersama Habib Ahmad baru-baru ini...

Kami bertolak seawal jam 8.00 pagi dari Kaherah terus ke Tanta dengan 2 buah kereta.Perjalanan ke Tanta mengambil masa lebih kurang dalam 1 jam setengah..nak upload gambar sekitar tanta pun rasenye macam rugi je sebab pemandangan sekitar cuma ladang,sawah padi dan kebun pak arab je..xde ape sangat yang menarik.


Lepas menziarahi Maqam di Tanta kami terus bergerak ke Iskandariah
*bese org kat sini pggil alex je .


Gambar sekitar Maqam Sidi Ahmad Badawi
di Tanta(gambo koi xde :( )

Sikit cerita mengenai beliau menurut Us.Faisal *yg berjubah 2 dari kanan
Sidi Ahmad Badawi ni merupakan Ulama' yg sangat warak
& memakai purdah.Mesti pelik kan sebab apa beliau ni pakai purdah..ni nak cite nie,Allah telah mengurniakan beliau dengan Karamah yang terlalu besar dengan Wajah yang bercahaya sehingga dikhabarkan pada satu kisah apabila datangnya seorang hamba Allah bertanyakan mengenai purdah yang dipakainya,dan Hamba Allah tersebut meminta beliau menanggalkan purdahnya atas alasan ingin melihat wajah beliau,sebaik sahaja beliau menanggalkan purdahnya cahaya keluar melalui wajahnya hingga menyebabkan hamba Allah tersebut meninggal dunia.
Terdapat jugak kisah lain yang mengatakan,jika datang seseorang ingin bersalam dengan beliau mereka semua hanya dapat memegang tasbih sahaja dan tidak dapat menyentuh beliau oleh kerana Karamah yang terdapat pada beliau.
Semoga kita memperolehi sedikit sebanyak keberkatan yang ada pada diri beliau..InsyaAllah.


Gambar Tapak Kaki Nabi Muhammad S.A.W
Antara pendapat yang rojih mengenai ini adalah
tapak kaki sebenar Nabi kita


Salah Satu Masjid yang terdapat di Iskandariah


Gambar Sekitar Maqam 7 Wali 
(xbrape tahu sangat cite die)


Ini je lah antara gambar-gambar yang dapat saya kongsikan di dalam blog ni...banyak lagi gambar lain tapi tak larat nak upload semua..sekian :)

Friday, November 2, 2012

Mari Berselawat :)

Berkata Al-Imam Ibnu Hajar Al-'Asqalany rahimahuLlah :
" Amat digalakkan (sunat muakkadah) untuk berselawat ke atas Nabi sallaLlahu alaihi wasallam dalam beberapa tempat yang ada padanya hadith khas (untuk berselawat) dimana kebanyakan sanadnya baik, :
1) selepas jawab azan
2) di awal doa

3) di tengah doa
4) di akhir doa ( dan di awal lebih lagi digalakkan )
5) di akhir doa qunut
6) ketika takbir raya
7) ketika masuk masjid
8) ketika keluar masjid
9) ketika berkumpul
10) ketika berpisah
11) ketika bermusafir
12) apabila sampai ke destinasi
13) ketika bangkit untuk solat malam
14) selepas khatam Al-Quran
15) ketika bersedih dan berduka
16) ketika membaca Hadith
17) ketika menyampaikan ilmu
18) ketika berzikir
19) apabila lupa sesuatu

Dan disebut juga didalam hadith-hadith dhaif ( dan ia boleh diamalkan untuk fadhailul a'mal ) :
1) ketika menyentuh Hajar Aswad
2) ketika telinga berdengung
3) setelah berwudhu'
4) ketika menyembelih
5) apabila bersin
dan ada juga larangan berselawat dalam dua keadaan (terakhir) itu ".

Dan antara tempat-tempat lain yang amat digalakkan juga untuk berselawat adalah :
1) selepas tasyahhud awwal
2) selepas tabir kedua dalam Solat Jenazah
3) dalam Khutbah-khutbah Jumaat dan Hari Raya
4) ketika disebut nama Baginda
5) ketika keluar dari pasar atau majlis jemputan
6) ketika melihat masjid dan berjalan melintasinya
7) ketika menulis nama Baginda
8) di awal siang dan akhirnya
9) apabila melakukan dosa
10) apabila hendak menebus dosa
11) ketika berlaku kefaqiran atau takut ia berlaku
12) dalam Khutbah Nikah
13) ketika masuk dalam rumah
14) ketika ada hajat keperluan dan ingin menunaikannya
15) apabila hendak tidur
16) dalam setiap ucapan yang penting
17) dalam solat apabila di sebut nama Baginda dalam bacaan selepas Al-Fatihah, dan selain tasyahhud
18) apabila seseorang hendak bersedekah sedangkan dia tidak mempunyai harta

Telah disebut oleh Al-Hafiz Ibnul Qayyim rahimahuLlah dalam Kitab Jala'ul Afham fi Fadhlis Solah 'ala Khairil Anam ( telah ditahqiq oleh Sh Arnaut ) dan Al-Hafiz As-Sakhawy rahimahuLlah dalam Kitab Al-Qaulul Badi' fi Solah 'alal Habibish Syafi' ( telah ditahqiq oleh Sh Muhammad 'Awwamah ) tempat-tempat berselawat ini beserta dalil.

[ Al-'Allamah Al-Muhaddith AbduLlah As-Siddiq Al-Ghumary rahimahuLlah ]




Assalamualaikum


Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata :

“Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.

(Hadith Riwayat Ad Darimi Tarmizi)


Sungguh besar pahala yang Allah beri kepada pembaca malah lagi besar ganjaran kepada yang mampu menghafaznya.Nikmat Allah itu terlalu besar untuk dihitung oleh kita sekalian manusia.Maka bersyukurlah dengan setiap pemberian yang Allah kurniakan kepada kita sebagai hambanya.





InsyaAllah Moga ada Manfaat Bersama.